Hari yang sudah berlalu meninggalkan pengalaman dan kenangan suka dan duka untuk setiap orang.. kenangan yang indah pasti kita tidak akan melupakannya dan menjadi memori yang terindah… tapi bagaimana pula dengan kenangan pahit atau sedih? Adakah kita masih jadikan kenangan pahit itu masih utuh sebagai satu kenangan? Atau sebaliknya?
Indahnya dunia jika hari-hari yang dilalui kita adalah pelangi yang sentiasa muncul untuk melengkapkan perjalanan kita… tapi hakikatnya?… kita seperti roda yang sentiasa berputar… kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah.. sama ada di atas atau di bawah, hati adalah senjata yang paling tajam dan boleh membunuh kita? Kenapa? Hati kita hanya satu kan?… kenapa Allah SWT ciptakan kita daripada 2 tangan, 2 kaki, 2 telinga, 2 mata dan 1 hati? Hati yang satu ini adalah kasih sayang… kasih sayang untuk diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan sebagainya… dan kasih sayang ini juga meletakkan kita siapa kita pada masa kita di atas dan siapa kita masa kita di bawah… ujian, halangan dan rintangan memerlukan hati yang cekal, tabah dan sabar dalam meniti dan melalui ranjau rintangan ini… andai kita tewas pada halangan dan dugaan ini, pasti kita tidak mampu untuk berdiri lagi…. dan putus asa? Ya! Putus asa meletakakan kita di tahap paling bawah…
Putus asa tidak menyelesaikan masalah tapi menambahkan lagi masalah…dan… bagaimana kita perlu mencorakkan laluan untuk menghadapi dugaan ini? pertama, kita perlu tahu bahawa Allah SWT tidak akan meletakkan atau memberi dugaan kepada hambanya di luar kemampuan hambanya.. kedua, anggaplah dugaan ini akan mematangkan kita dalam meneruskan perjalanan di dunia fana ini.. ketiga, setiap orang lain juga tidak akan terlepas daripada ujian seperti kita hadapi dan kenapa perlu putus asa sedangkan orang lain mampu hadapinya? Keempat, keluarga dan kawan adalah sumber yang terdekat untuk sebuah semangat dan dorongan untuk kita terus berdiri… dan sebagainya lagi bergantung kepada individu…
Bila masa kita sudah melepasi dugaan dan rintangan hidup pasti kita akan mengimbau kembali bagaimana kita boleh berdiri sebagai diri sendiri.. adakah kenangan manis yang meletakkan kita sekarang? Adakah kenangan pahit yang meletakkan kita di sini?
Tanya pada hati kita… tapi ikhlas, kenangan pahit mampu menjadikan kita lebih dewasa dan kenangan manis mampu memberi kita senyuman yang tidak akan pudar untuk selamanya.. pape pom.. corakkan diri anda sendiri dan jadi diri anda sendiri.. dan apa yang penting mulakan setiap langkah anda dengan senyuman yang ikhlas dan manis. Satu keajaiban pasti berlaku… terus perjuangan!










insyaallah semoga dipermudahkan... :)
ReplyDelete