Sunday, 25 December 2011

TIADA DUA..


video ini memang menyentuh hati.. xabis ag baca video nie aku da nangis.. sedih sangat..
video ni jugak buat aku sedar di mana aku sekarang.
adakah aku anak yang solehah?
anak yang xkenang budi?
anak yang xpernah kisah orang tuanya?

Restu ibu terlalu besar dan terlalu agung untuk seorang anaknya... ibu xpernah minta kita balas jasa mereka dengan kereta besar, rumah besar dan barangan mewah.. tapi ibu hanya minta kita sentiasa disampingnya, kasih sayang yang tulus dari kita dan jadi orang yang berguna.. ibu.. terlalu besar pengorbananmu untuk kami.. terlalu tinggi darjatmu ibu.. tapi kami yang sering tersalah langkah.. bila kami sudah besar kami lupa semua ini ibu.. kami anggap kami sudah besar. sudah tahu jaga diri dan tahu mana yang betul dan mana yang salah. kami tak sedar yang kami telah lukakan hati ibu.. kami dah sakitkan hati ibu.. kami dah buat ibu seperti ibu xpernah dihargai... kami dah jadi anak derhaka ibu.. tiap patah percakapan ibu kami balas dengan kata-kata yang kasar.. kata-kata yang menyentap hati ibu.. kata-kata yang membuat ibu menangis.. ibu masihkah ada tempat lagi untuk anakmu memohon maaf dan menjadi anak untuk seorang insan yang bergelar ibu?

ibu...
percayalah kasih kami untuk ibu terlalu besar dan tiada insan lain yang mampu ganti tempat ibu.. hanya ibu satu dan tiada dua.. ibu.. kita ingat lagi.. bila kita sakit ibu selalu ada di samping kita.. bawa kita ke hospital..jaga kita diwad beberapa hari.. kita tidur atas katil tapi ibu tidur atas kerusi aje.. bagi ubat untuk kita.. tanya kita nak makan apa.. ibu besarnya pengorbanan ibu untuk kita.. ibu kita minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas salah dan silap kita pada ibu dari kite lahir sampai kita jadi diri kita sekarang..

ibu..
kita tahu ibu seorang insan yang kuat dan seorang yang tabah dan sabar dalam melayan karenah kami.. tapi disebalik kecekalan ibu ada seorang yang mulia yang sentiasa disisi ibu.. abah... terima kasih sentiasa ada di sisi ibu saat kami tiada di sisi ibu.. saat ibu terluka dengan kelakuan kami.. saat ibu tiada tempat untuk meluahkan perasaannya.. time kasih abah dan ibu..

ibu, abah.. kehadiranmu terlalu besar anugerahnya..

"Ya Allah
 Rendahkanlah suaraku bagi mereka
 Perindahlah ucapanku di depan mereka
 Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
 Lembutkan hatiku untuk mereka

 Ya Allah,
 Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
 didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
 kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
 mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

 Ya Allah,
 Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
 atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
 atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
 jadikanlah itu semua penyebab susutnya
 dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
 mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
 hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
 kebaikan berlipat ganda.

 Ya Allah,
 Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
 Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
 Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
 syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
 bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
 yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

 Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
 Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
 yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

 Amin Ya Rabbul Alamin.."

-ikhlas dari anakmu-

Friday, 23 December 2011

SUKA & DUKA


Salam Ukhwah… 
Hari yang sudah berlalu meninggalkan pengalaman dan kenangan suka dan duka untuk setiap orang.. kenangan yang indah pasti kita tidak akan melupakannya dan menjadi memori yang terindah… tapi bagaimana pula dengan kenangan pahit atau sedih? Adakah kita masih jadikan kenangan pahit itu masih utuh sebagai satu kenangan? Atau sebaliknya?
Indahnya dunia jika hari-hari yang dilalui kita adalah pelangi yang sentiasa muncul untuk melengkapkan perjalanan kita… tapi hakikatnya?… kita seperti roda yang sentiasa berputar… kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah.. sama ada di atas atau di bawah, hati adalah senjata yang paling tajam dan boleh membunuh kita? Kenapa? Hati kita hanya satu kan?… kenapa Allah SWT ciptakan kita daripada 2 tangan, 2 kaki, 2 telinga, 2 mata dan 1 hati? Hati yang satu ini adalah kasih sayang… kasih sayang untuk diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan sebagainya… dan kasih sayang ini juga meletakkan kita siapa kita pada masa kita di atas dan siapa kita masa kita di bawah… ujian, halangan dan rintangan memerlukan hati yang cekal, tabah dan sabar dalam meniti dan melalui ranjau rintangan ini… andai kita tewas pada halangan dan dugaan ini, pasti kita tidak mampu untuk berdiri lagi…. dan putus asa? Ya! Putus asa meletakakan kita di tahap paling bawah…
Putus asa tidak menyelesaikan masalah tapi menambahkan lagi masalah…dan…  bagaimana kita perlu mencorakkan laluan untuk menghadapi dugaan ini? pertama, kita perlu tahu bahawa Allah SWT tidak akan meletakkan atau memberi dugaan kepada hambanya di luar kemampuan hambanya.. kedua, anggaplah dugaan ini akan mematangkan kita dalam meneruskan perjalanan di dunia fana ini.. ketiga, setiap orang lain juga tidak akan terlepas daripada ujian seperti kita hadapi dan kenapa perlu putus asa sedangkan orang lain mampu hadapinya? Keempat, keluarga dan kawan adalah sumber yang terdekat untuk sebuah semangat dan dorongan untuk kita terus berdiri… dan sebagainya lagi bergantung kepada individu…
Bila masa kita sudah melepasi dugaan  dan rintangan hidup pasti kita akan mengimbau kembali bagaimana kita boleh berdiri sebagai diri sendiri.. adakah kenangan manis yang meletakkan kita sekarang? Adakah kenangan pahit yang meletakkan kita di sini?
Tanya pada hati kita… tapi ikhlas, kenangan pahit mampu menjadikan kita lebih dewasa dan kenangan manis mampu memberi kita senyuman yang tidak akan pudar untuk selamanya.. pape pom.. corakkan diri anda sendiri dan jadi diri anda sendiri.. dan apa yang penting mulakan setiap langkah anda dengan senyuman yang ikhlas dan manis. Satu keajaiban pasti berlaku… terus perjuangan!

Tuesday, 20 December 2011

Mulai...

Salam sahabat.. Salam teman... Salam perjuangan...
kehadiran insan yang bergelar mak, abah, kakak, abang dan adik menjadi pelengkap kehidupan seseorang insan. aku rindu sangat pada kecil2 dulu.. tiap2 malam lepak dekat beranda dengan akak2 dan adik... layan tv n gurau senda.. tapi SKUNK masing-masing da sibuk.. masing-masing ada tanggungjawab.... rindunyer! time cuti jew yang menemukan aq sekeluarga.. aku anak ketiga dari 4 beradik dan juga anak bongsu perempuan.. aq ade 2 orang kakak dan seorang adik lelaki.. tapi.. aq daa jadi cam anak bongsu.. hehehehe
biler da belajar di tempat orang... kawan-kawan yang jdi family aq.. time kasih kawan, sahabat, teman... tanpa kehadiran sahabat, teman dan kawan dalam hidup kite pasti tiada apa-apa yang bermakna untuk kite.. kenangan bersama kamu semua begitu indah untuk aku lupakan.. keluarga dan teman-teman menjadi tulang belakang untuk seseorang mendaki tangga kehidupan ini.. akhir kata corakkan hidup anda bersama keluarga dan teman-teman sebaik mungkin untuk menjadi pelangi yang sentiasa memberi pengharapan dan mewarnai dunia anda.. terima kasih untuk keluarga dan kawan yang bergelar sahabat dan teman..