video ini memang menyentuh hati.. xabis ag baca video nie aku da nangis.. sedih sangat..
video ni jugak buat aku sedar di mana aku sekarang.
adakah aku anak yang solehah?
anak yang xkenang budi?
anak yang xpernah kisah orang tuanya?
Restu ibu terlalu besar dan terlalu agung untuk seorang anaknya... ibu xpernah minta kita balas jasa mereka dengan kereta besar, rumah besar dan barangan mewah.. tapi ibu hanya minta kita sentiasa disampingnya, kasih sayang yang tulus dari kita dan jadi orang yang berguna.. ibu.. terlalu besar pengorbananmu untuk kami.. terlalu tinggi darjatmu ibu.. tapi kami yang sering tersalah langkah.. bila kami sudah besar kami lupa semua ini ibu.. kami anggap kami sudah besar. sudah tahu jaga diri dan tahu mana yang betul dan mana yang salah. kami tak sedar yang kami telah lukakan hati ibu.. kami dah sakitkan hati ibu.. kami dah buat ibu seperti ibu xpernah dihargai... kami dah jadi anak derhaka ibu.. tiap patah percakapan ibu kami balas dengan kata-kata yang kasar.. kata-kata yang menyentap hati ibu.. kata-kata yang membuat ibu menangis.. ibu masihkah ada tempat lagi untuk anakmu memohon maaf dan menjadi anak untuk seorang insan yang bergelar ibu?
ibu...
percayalah kasih kami untuk ibu terlalu besar dan tiada insan lain yang mampu ganti tempat ibu.. hanya ibu satu dan tiada dua.. ibu.. kita ingat lagi.. bila kita sakit ibu selalu ada di samping kita.. bawa kita ke hospital..jaga kita diwad beberapa hari.. kita tidur atas katil tapi ibu tidur atas kerusi aje.. bagi ubat untuk kita.. tanya kita nak makan apa.. ibu besarnya pengorbanan ibu untuk kita.. ibu kita minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas salah dan silap kita pada ibu dari kite lahir sampai kita jadi diri kita sekarang..
ibu..
kita tahu ibu seorang insan yang kuat dan seorang yang tabah dan sabar dalam melayan karenah kami.. tapi disebalik kecekalan ibu ada seorang yang mulia yang sentiasa disisi ibu.. abah... terima kasih sentiasa ada di sisi ibu saat kami tiada di sisi ibu.. saat ibu terluka dengan kelakuan kami.. saat ibu tiada tempat untuk meluahkan perasaannya.. time kasih abah dan ibu..
ibu, abah.. kehadiranmu terlalu besar anugerahnya..
"Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin.."
-ikhlas dari anakmu-









